Be protected with Takaful

Jenama Etiqa.

Dengan logo dan identiti baru ini, kami membawa perubahan yang dinamik, melaksanakan perubahan luaran dan juga dalaman untuk memastikan agar anda mendapat faedah daripada perubahan ini. Nama ini unik, melambangkan asas jenama kami iaitu "Menginsankan Insurans". Logonya dinamik, berani dan berbeza tetapi mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan melalui gambaran wajah dan juga "TQ" yang merupakan ucapan terima kasih kami kepada anda. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil berselang-seli menggambarkan kemodenan dan melambangkan betapa mudahnya untuk mencapai dan berurusan dengan kami. Warna hitam dan kuning mewakili hubungan kami dengan Maybank dan keutuhan kedudukan kewangan kami.

Apa erti penjenamaan ini untuk anda.

Bagaimanapun, kami percaya logo dan identiti baru ini melambangkan perubahan bukan sahaja pada luaran tetapi juga dalaman. Kami percaya dengan penjenamaan ini dan dengan pelancaran identiti baru ini, kami berubah untuk memberikan lebih faedah kepada anda, untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, menyediakan produk-produk yang lebih bagus dan yang lebih penting, sentiasa berada di sisi anda. Polisi anda yang sedia ada tidak akan berubah, kecuali pada nama, sejajar dengan penjenamaan semula ini. Kami di Etiqa amat berpegang teguh kepada jenama baru ini dan yakin anda akan teruja dengan pengalaman baru bersama dunia Etiqa.